Tentang Kami
KENALI KAB GOLD
KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Goldynamics Marketing Resources Sdn. Bhd) ditubuhkan pada 27 Julai 2017 dengan suatu visi dan misi yang sangat besar buat seluruh rakyat Malaysia.
Para pelanggan kami bukan sahaja boleh membeli emas dan perak fizikal secara patuh Syariah di KAB Gold, tetapi mereka juga boleh menjadikan kami sebagai sebuah tempat untuk mereka bermuamalah dan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan dan bukan perniagaan.
Dengan emas dan perak, pelbagai matlamat kewangan boleh dicapai. Dengan emas dan perak, para pelanggan boleh membina perniagaan mereka sendiri dan menjana pendapatan untuk menyara hidup dan keluarga.
Kami berhasrat untuk mengembalikan kegemilangan emas dan perak sesuai dengan tarafnya yang amat tinggi dan bernilai suatu ketika dahulu.
Melalui pelbagai kegiatan dan aktiviti, para pelanggan kami bukan saja dapat membeli dan menjual emas dan perak fizikal, tetapi juga mereka dapat memanfaatkan platform ini untuk menambah baik ilmu dan pengetahuan, menjana hasil dan pendapatan, mewujudkan peluang perniagaan, membina jaringan ekonomi dan kewangan, membayar zakat simpanan emas dan perak, menaiktaraf tahap kehidupan dan sebagainya.
Sesuai dengan moto kami iaitu Knowledge, Asset, Bullion, platform ini akan digerakkan untuk merealisasikan moto tersebut.
Kami juga akan menjalankan program pendidikan secara rasmi dan tidak rasmi untuk memberi nilai tambah kepada setiap pelanggan kami.
Dengan memiliki emas dan perak, para pelanggan akan memiliki aset yang terbaik dalam bentuk yang terbaik. Ia mudah untuk dimiliki dan diurus, senang untuk dicairkan dan meningkat nilainya secara jangka panjang.
NAMA SYARIKAT
KAB Goldynamics Sdn. Bhd.
NO. SYARIKAT
1240458-V
PEMILIKAN
100% Bumiputra Islam
PENGERUSI
Ybhg. Tan Sri Dr. Mohd. Daud bin Bakar
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri
PENASIHAT SYARIAH
Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
SETIAUSAHA SYARIKAT
CSQ Corporate Services Sdn. Bhd (BC/W/414) (PC20200312000052)
Puan Wan Sarimah Wan Husain
ASSAYER EMAS
KL Assay Office (M) Sdn. Bhd (598425-D)
Encik Abdul Shukor Anuar
BUTIRAN PERBANKAN
Maybank Berhad Wisma KS, Jalan Meranti, Taman Setapak, Kuala Lumpur (No akaun : 564221658459)
PELANGGAN BERDAFTAR
WAKIL JUALAN KAB GOLD
PRODUK EMAS
Misi KAB Gold
Menjadi sebuah syarikat jual beli emas dan perak fizikal berlandaskan Syariah pilihan utama di Malaysia.
Visi KAB Gold
Menyediakan platform jual beli emas dan perak yang lengkap dan interaktif agar manfaat yang bakal diperolehi oleh para pelanggan meliputi segenap aspek kehidupan pada masa kini dan masa hadapan.
Siapa di sebalik KAB GOLD?
Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar
Pengerusi KAB Gold
Mohamed Khairul Anuar Mohd. Basri
Ketua Pegawai Eksekutif KAB Gold
Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah
Penasihat Shariah KAB Gold
Abdul Shukor Anuar
Pengesahtulen Emas KAB Gold
“Alhamdulillah. Ramai yang teruja dan nak beralih kepada KAB Gold kerana ianya 100% bumiputra Muslim. InsyaAllah, banyak kelebihan yang KAB Gold ada buat semua. Teruskan menyokong. Saya doakan kalian semua dirahmati Allah SWT.“
~Khairul Anuar Basri
Ketua pegawai eksekutif, kab goldynamics sdn. bhd.
Sijil Patuh Syariah KAB Gold
hubungi kami
Ajukan sebarang persoalan atau cadangan kepada kami.
Pendaftaran
Kemusykilan atau kesulitan berkenaan pendaftaran keahlian KAB Gold.
Cadangan
Kami mengalu-alukan sebarang cadangan untuk penambahbaikan perkhidmatan kami kepada para pelanggan.
Pembelian atau Jualan
Pertanyaan atau kemusykilan tentang pembelian atau penjualan balik produk emas KAB Gold.
Pertanyaan Umum
Sebarang persoalan umum tentang syarikat atau produk-produk dan perkhidmatan kami.