Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar
Chairman
Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Beliau menyumbang bakti sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Astana International Financial Centre (AIFC), Kazakhstan, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, First Abu Dhabi Bank (UAE), dan juga Permodalan Nasional Berhad. Beliau memainkan peranan penting sebagai ahli Badan Penasihat Syariah pelbagai institusi kewangan global, antaranya National Bank of Oman (Oman), Amundi Asset Management (Perancis), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London and Middle East (London), BNP Paribas (Bahrain) dan Dow Jones Islamic Market Index (New York). Dalam dunia korporat pula, beliau berperanan sebagai ahli Jawatankuasa Pelaburan PNB selain dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-8.
Di samping itu, beliau juga adalah pengasas bersama (co-founder) Experts Analytics Centre Sdn Bhd dan MyFinB, Pengerusi Berry Pay, KAB Gold Dynamic, Bio Fluid Sdn Bhd, dan Amanie-Afra Halal Capital Co (Bangkok). Di bawah terajunya, Amanie Advisors membuktikan keunggulan sebagai penerima “Anugerah Prasarana Ilmu Ekonomi Islam” semasa Sidang Kemuncak Ekonomi Islam Global di Dubai pada 2015 daripada Raja Dubai, Sheikh Mohamed Rashid Al- Maktoum. Beliau mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah di University of Kuwait pada 1988 dan seterusnya memperoleh Ph.D. dari Uni- versity of St Andrews, United Kingdom pada 1993. Beliau terus menggali ilmu dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens di Universiti Malaya pada 2002.
Permata inteleknya terus menerima pengiktirafan apa- bila buku pertamanya, “Shariah Minds in Islamic Finance: An Inside Story of A Shariah Scholar” (Minda Syariah Kewangan Islam: Kisah Balik Tabir Perspektif Cendekiawan Syariah) muncul sebagai penerima anugerah “Islamic Finance Book of the Year 2016” oleh Majlis Anugerah Kewangan Islam Global (the Global Islamic Finance Award (GIFA) 2016).
Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri
Chief Executive Officer
Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd. Beliau juga adalah pemilik Kumpulan Syarikat KAB iaitu KAB Media, KAB Foods and Beverages, Pertubuhan KAB dah Koperasi KAB. Selain menguruskan pernia- gaan sendiri, beliau juga aktif dalam bidang kepenasihatan Syariah. Ini kerana beliau adalah Penasihat Syariah yang disahkan oleh Persatuan Penasihat Syariah bagi Kewangan Islam Malaysia (ASAS). Kini beliau adalah Ahli Majlis Penasihat Syariah, Sumitomo Mitsui Banking Corporation (Malaysia) Berhad dan Kope- rasi Dagang Emas (Pulau Pinang) Berhad.
Pada waktu yang sama, beliau adalah Penasihat Syariah Elhajj Products Sdn. Bhd. dan Orpheus Capital Sdn. Bhd. Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Koperasi Muslimin (Malaysia) Berhad, Timbalan Presiden Pematuhan Syariah, BNP Paribas (Malaysia) Berhad, Pengurus Kanan Syariah, CIMB Islamik (Malaysia) Berhad, Ketua Syariah, HSBC Amanah (Malaysia) Berhad dan Penolong Pengurus Syariah, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad. Terkenal sebagai Motivator Al-Quran, beliau pernah merakamkan bacaan Al-Quran 30 Juzuk dan diiktiraf oleh Lujnah Pentashih Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. Ia masih kekal sehingga ke hari ini sebagai yang pertama dan satu-satunya di dunia bacaan qari dari Malaysia.
Penglibatan beliau selama 8 tahun sebagai Million Dollar Master Dealer di salah sebuah syarikat emas terkemuka di Malaysia sejak tahun 2013, menjadikan beliau teramat mahir dengan dunia perniagaan emas. Selain daripada Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat, Darul Quran (JAKIM) beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Perbandingan Undang-Undang Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Ijazah Sarjana Muda Undang; kesemuanya daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sehingga hari ini, beliau telah menghasilkan 5 buah buku iaitu Travelog Huffaz : Mengapa Aku Menghafaz Al- Quran (2017), Kaya Dengan Emas (2019), Emas dan Syariah: Ilmu Tersurat dan Tersirat (2019), Umrah Mudah Sungguh (2019) dan Buat Duit Dengan ConsuMerchant : Rahsia Kaya Tanpa Modal (2019)
Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
Shariah Adviser
Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Wakaf Bharu, kemudian di Sekolah Menengah Ugama Maahad Muhammadi Pasir Pekan, dan seterusnya di Maahad Muhammad Lelaki Kota Bharu, Kelantan. Beliau kemudian memperolehi Sarjana Muda Syariah & Pengurusan di Universiti Malaya, dan Sarjana Syariah dengan pengkhususan dalam Kewangan Islam (Fiqh Kewangan), juga dari Uni- versiti Malaya, masing- masing pada tahun 2003 dan 2008. Pada tahun 2015, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam dari Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau memulakan kerjayanya di Universiti Malaya pada tahun 2005 sebagai Fellow. Kini beliau adalah pensyarah kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawataankuasa Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK), Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Ahli Jawatankuasa Syariah CIMB Islamic Berhad, Ahli Badan Penasihat Syariah Takaful Malaysia Keluarga Berhad, Ahli Jawatankuasa Syariah Kenanga Investment Bank Berhad (2015–30 Oktober 2019), Ahli Panel Pakar Muamalat JAKIM (2016- 2018) dan Ahli Jawatankuasa UM Awqaf (2017-2019). Beliau juga adalah Ahli Penasihat Syariah, Syarikat Takaful Malaysia Berhad (2015 - 2021), Panel Penilaian Akademik, Kolej Yayasan Pahang (2016 - 2019), Panel Penasihat Akademik, Kolej UNITI, Perunding Pertubuhan Multaqa Asatizah (MURSHID) (2019 - 2020) serta Ahli Jawatankuasa Unit Wakaf Majlis Agama Islam Kelantan (2019 -2021).
Antara buku yang pernah beliau hasilkan ialah ber- kenaan Usul Fiqh iaitu Kaedah Interpretasi Teks Hukum Islam, Perspektif Industri Halal: Perkembangan dan Isu-isu, Ringkasan Terminologi Hadis, Keusahawan Islam, Keseimbangan Ekonomi Halal: Analisis dalam Konteks Kesan Sektor Zakat, Menangani Isu- isu Kontenporari Perniagaan Islam Berasaskan Fiqh al- Tijarah dan lain-lain. Beliau juga merupakan pe -ngasas dan pentadbir kepada “muamalat.my”, se- buah platform media sosial yang berusaha menjadi medium pendidikan dalam meningkatkan kesedaran awam dalam Kewangan Islam dan Takaful sejak tahun 2013.
Eksekutif Tadbir & Jualan
Eksekutif Tadbir & Jualan
Pengurus Cawangan
Pengurus Cawangan
Eksekutif Tadbir & Jualan
Eksekutif Tadbir & Jualan
Pereka Grafik
Pereka Grafik
Eksekutif Akaun
Eksekutif Akaun